Kes cacar monyet kekal sembilan, tiada kes baharu dilaporkan

Iklan
Jangkitan cacar monyet. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Malaysia kekal merekodkan sembilan kes cacar monyet (Mpox) dengan kali terakhir dilaporkan November tahun lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan, kes pertama Mpox dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir November tahun sama.

Iklan
Iklan

Kesemua kes mempunyai sejarah menjalankan aktiviti berisiko dan kini telah pun sembuh selain tiada kematian dilaporkan.

"Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh pihak KKM, tiada kes mpox baharu yang dilaporkan sehingga kini," katanya pada Khamis.

Iklan

Gejala mpox ialah demam berserta ruam 'maculopapular rash' atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.

Tempoh pengeraman iaitu tempoh daripada terdedah kepada jangkitan sehingga individu menunjukkan gejala jangkitan mpox adalah antara lima hingga ke 21 hari.

Iklan

Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya.

Jangkitan juga boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin lalu melaporkan terdapat 99,176 kes mpox di seluruh dunia bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2024.

Jumlah itu melibatkan 116 negara dengan 208 atau 0.21 peratus kematian.

Pada bulan Jun 2024 sahaja, terdapat 934 kes dan empat kematian yang dilaporkan di seluruh dunia, yang mana 567 kes atau 60 peratus adalah dari rantau Afrika.

Dalam pada itu, KKM menasihati individu yang melawat negara melaporkan Mpox

agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan mengelakkan aktiviti berisiko.

Disamping itu semua pengembara yang tiba dari negara-negara berkaitan dinasihatkan untuk memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

"KKM akan terus memantau situasi mpox di dalam dan luar negara dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," jelas kementerian itu.