Lelaki pecah masuk kondominium ditahan

Iklan
Ahmad Sukarno (dua kanan) menunjukkan barangan kes pecah masuk kondominium yang dirampas.

KUALA LUMPUR - Polis memberkas seorang lelaki dipercayai terbabit dalam sembilan kes pecah rumah di dua kondominium di Sentul, di sini, sejak awal tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Kampung Baru, di sini, jam 9.30 malam, pada 8 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

"Kegiatan lelaki itu terbongkar apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika dia memecah masuk sebuah unit kondominium terbabit tular di media sosial, minggu lalu.

"Kita menerima laporan daripada seorang lelaki jam 8.50 pagi pada 1 Ogos lalu yang memaklumkan kediamannya di Batu Muda dipecah masuk pada 31 Julai lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, pada Khamis.

Iklan

Ahmad Sukarno berkata, modus operandi suspek yang bergerak bersendirian itu adalah menyasarkan kediaman di dua kondominium berkenaan.

"Suspek akan memanjat tembok batu di ruang jalan kaki dan masuk melalui pintu dapur rumah mangsa yang tidak berkunci menyebabkan tiada tanda pecah masuk.

Iklan

"Meskipun menutup mukanya, lelaki itu berjaya dikesan berdasarkan rakaman CCTV di dalam kediaman itu yang membawa kepada penahanannya," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit, barang kemas, salinan pajak gadai dan kad akses kondominium terbabit dianggarkan berjumlah RM80,000.

"Suspek memajak barang kemas untuk dilebur menjadi ketulan emas serta menjual semula barangan elektronik diperolehi hasil kegiatan jenayahnya.

"Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah itu direman sehingga esok (Jumaat) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380/457 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan serta pecah rumah.