1,061 kes jual vape kepada remaja bawah umur di Terengganu

Iklan
Dr Kasemani (tengah) ketika sidang media Ops Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 4/2024 di Pejabat Kesihatan Daerah Marang pada Khamis.

MARANG - Sebanyak 1,061 kes melibatkan penjualan rokok elektronik atau vape direkodkan kepada individu bawah umur 18 tahun di Terengganu sejak awal tahun ini sehingga Julai lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya memandang serius isu penggunaan vape dalam kalangan remaja.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menjual vape kepada remaja bawah umur 18 tahun.

"Kita amat risau dengan peningkatan tabiat merokok dan isu penggunaan vape dalam kalangan remaja sekarang.

Iklan

"Jadi kita lakukan penguatkuasaan dengan memeriksa premis bagi memastikan tidak ada penjualan rokok biasa dan rokok elektronik kepada individu berumur bawah 18 tahun selain memberi peringatan kepada pemilik kedai supaya tidak menjual vape kepada remaja bawah umur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 4/2024 di Pejabat Kesihatan Daerah Marang di sini pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Kasemani berkata, sebanyak 831 operasi dijalankan dan 15,346 premis diperiksa di bawah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 sehingga Julai lepas.

Beliau berkata, sebanyak 5,431 notis kesalahan dikeluarkan bernilai RM1.34 juta.

"Jumlah ini meningkat sebanyak 24.4 peratus berbanding 4,366 notis kesalahan bernilai RM1.01 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.

"Kesalahan merokok di kawasan larangan merokok antara penyumbang tertinggi iaitu 4,752 notis kesalahan rokok konvensional (3,691) dan vape (1,061)," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Kasemani berkata, sebanyak 120 premis diperiksa dalam operasi kali ini melibatkan kawasan larangan merokok antaranya kedai makan, kedai penjualan rokok dan premis kerajaan.

"Sebanyak 23 notis kesalahan bernilai RM6,250 telah dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan semalam (Rabu) dan hari ini.

"Antara kesalahan paling tinggi melibatkan kesalahan merokok di kedai makan iaitu sebanyak 19 kes, jualan rokok bawah harga minimum (dua) dan tiada pemasangan papan tanda larangan merokok (dua)," jelasnya.