Empangan Timah Tasoh

Iklan
Empangan Timah Tasoh menjadi tumpuan pengunjung yang ingin bergambar dan menyaksikan sendiri suasana tasik apabila air surut. Bekalan air di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar pada masa ini dihadkan untuk kegunaan domestik dan dijangka hanya boleh bertahan untuk tempoh tiga bulan lagi sekiranya trend keadaan cuaca kering berterusan.

Setakat semalam bacaan aras takungan air yang direkodkan bagi empangan itu sebanyak RL26.90m, iaitu berada pada aras amaran dengan kapasiti takungan air semasa sekitar 38.5 peratus. - Foto: Bernama