Taufan Ampil: Jepun batal perkhidmatan 'bullet train'

Iklan
Taufan Ampil dijangka melanda Jepun esok. Gambar kecil: Kamal Zharif

SHAH ALAM - Rangkaian perkhidmatan kereta api 'bullet' Jepun dibatalkan sepanjang hari esok, termasuk laluan Tokaido di bandar metropolis Tokyo dan Shin Osaka berikutan Taufan Ampil atau Nombor 7 dijangka melanda negara itu.

Konduktor pelancongan, Kamal Zharif Kamaludin, 37, berkata, selain Tokyo, pusat bandar Chiba dan bahagian Utara Ibaraki juga berkemungkinan tidak terlepas daripada terkena tempias angin kuat iaitu masing-masing berada pada tahap 63 peratus serta 52 peratus.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, hanya dua ‘bullet train’ kelas Kodama yang akan beroperasi setiap jam pada hari berkenaan.

"Esok Taufan Nombor 7 akan menghentam Tokyo, Chiba dan Ibaraki. Rumah saya sudah ada botol besar, tinggal hendak isi air sahaja dan letak dalam peti sejuk kemudian isi air di tab mandi sekali.

Iklan

"Setakat ini jadual asal ‘bullet train’ laluan Tokaido (Tokyo-Shin Osaka) akan diberhentikan sepanjang hari. Jadi, sebaiknya elakkan bergerak pada hari esok.

"Tahun-tahun sebelumnya, ada sesetengah kawasan terputus bekalan elektrik cuma tempat saya masih ada elektrik," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan susulan kejadian gempa bumi Jepun pada Khamis minggu lalu, penduduk sekali lagi perlu bersiap sedia susulan negara itu bakal dilanda taufan.

Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Jepun, difahamkan terdapat tiga taufan berada berdekatan negara pada waktu yang sama.

Terdahulu, Jepun melaporkan berlaku tsunami kecil di bahagian barat daya negara berkenaan susulan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah Miyazaki dan kawasan lain.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Pelabuhan Miyazaki di selatan wilayah terbabit dilanda ombak tsunami setinggi 50 sentimeter (cm) selepas gempa bumi tersebut.

JMA berkata, nasihat tsunami telah dikeluarkan untuk wilayah Miyazaki, Kochi, Ehime, Oita, Kagoshima di pulau Kyushu dan Shikoku.

Rakyat Malaysia yang berada di Jepun dikhabarkan sudah mula membuat persiapan termasuk mendapatkan bekalan makanan susulan amaran gempa bumi mega itu.