EU sokong Perjanjian Keluar Brexit

Iklan
Selepas proses undian tersebut berakhir anggota dewan terbabit turut menyanyikan Auld Lang Syne bersama-sama. - Foto Agensi

BRUSSELS - Anggota Parlimen Eropah semalam sebulat suara menyokong syarat Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) yang dianggotai selama hampir lima dekad.

Perjanjian Keluar Brexit itu mendapat 621 undi sokongan manakala 49 menolak selepas sesi perdebatan hangat di Brussels.

Iklan
Iklan

Selepas proses undian tersebut berakhir anggota dewan terbabit turut menyanyikan Auld Lang Syne.

Difahamkan, Britain dijadualkan meninggalkan blok terbabit pada hari esok.

Iklan

Beberapa anggota Parlimen Eropah juga berharap Britain akan kembali bersama EU selepas langkah itu beberapa kali terpaksa ditangguhkan sejak referendum pada 2016.

Pengesahan perjanjian keluar pada 31 Januari 2020 itu dipersetujui oleh UK dan EU pada Oktober lalu, namun ditolak Parlimen Britain yang kemudiannya terpaksa akur selepas kemenangan Perdana Menteri, Boris Johnson dalam Pilihan Raya Umum pada bulan lalu yang membolehkan beliau merealisasikan langkah tersebut.

Iklan

Presiden Parlimen Eropah, David Sassoli berkata, kedua-dua belah pihak perlu sentiasa mengingati kata-kata mendiang ahli Parlimen Britain, Jo Cox tentang hubungan masa depan antara UK dan EU kerana banyak faktor yang akan menyatukan berbanding memisahkan mereka.

"Anda tinggalkan EU, namun anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Eropah. Sukar untuk ucapkan selamat tinggal. Seperti anggota lain, saya akan katakan arrivederci (selamat tinggal sehingga kita bertemu lagi)," ujarnya ketika menandatangani dokumen mengesahkan persetujuan EU.

Sementara itu, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyifatkan langkah pengesahan perjanjian keluar tersebut sebagai 'langkah pertama' ke arah perkongsian baharu antara EU dan UK.

"Kedua-dua belah pihak harus bergabung dalam isu lain seperti perubahan iklim. Kami sentiasa sayangkan anda dan tidak akan menjauhi anda," ujarnya.

Perunding Brexit di EU, Michel Barnier dalam satu kenyataan juga menyatakan blok terbabit akan mengadakan rundingan tentang hubungan masa depan mereka dengan penuh sabar sambil mempertahankan kepentingan negara anggota EU. - Agensi