Terperdaya kerja sambilan dalam talian, remaja rugi RM201,866

Iklan
Seorang remaja kerugian RM201,866 selepas terperdaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang remaja berputih mata apabila kerugian RM201,866 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun itu pada mulanya tertarik dengan tawaran kerja sambilan tersebut yang menjanjikan komisen lumayan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa telah diminta membuat pembelian terhadap barangan yang dipilih dan dijanjikan komisen antara 6 peratus hingga 15 peratus daripada modal yang dibayar dalam tempoh satu jam selepas transaksi bayaran dibuat.

"Mangsa yang tertarik telah membuat dua kali transaksi pembelian pada 24 Julai 2024 sebanyak RM30,000 dan telah menerima komisen RM565 serta pulangan balik modal pada hari yang sama.

Iklan

"Ini membuatkan mangsa semakin tertarik dan menggandakan jumlah pembelian. Sehingga 13 Ogos 2024, mangsa telah melakukan 27 transaksi pembayaran secara dalam talian ke dalam 19 akaun bank berbeza yang mana sebahagian daripada wang tersebut merupakan milik ahli keluarga mangsa.

"Walaupun tidak menerima komisen sebagaimana transaksi awal, mangsa terus membuat transaksi pembelian kerana suspek memberikan pelbagai alasan antaranya mangsa perlu membuat bayaran bagi melengkapkan tugasan yang diberikan bagi membolehkan mangsa mendapatkan komisen yang dijanjikan,” katanya.

Iklan

Mohd Sohaimi berkata, mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu telah membuat laporan polis.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

"Siasatan juga akan meliputi penglibatan keldai akaun sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat," katanya.

Ringkasan berita:

  • Remaja lelaki, 19 tahun, rugi RM201,866 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian.
  • Mangsa tertarik selepas menerima komisen kecil, lalu melakukan 27 transaksi pembayaran ke 19 akaun bank berbeza.
  • Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dijana oleh AI