Pengundi DUN Nenggiri tidak terpengaruh isu nasional - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

GUA MUSANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri tidak terpengaruh dengan isu-isu nasional yang dibawakan oleh lawan sepanjang tempoh berkempen.

Beliau berkata, rakyat di DUN ini sangat bijak apabila setiap isu yang dimainkan tidak melekat dalam pemikiran mereka.

Iklan
Iklan

"Berkait dengan negeri, mereka telah ketahui lama, tiada jawapan dan jalan penyelesaian. Ini menjadikan apa yang kita lakukan bukan untuk membalingkan isu bagi mereka (Kerajaan Kelantan) jawab.

"Tetapi pengundi Nenggiri dapat menilai bukan sahaja calon itu, tetapi juga pentadbiran yang dilakukan di peringkat negeri gagal menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Terbuka RISDA Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 di Kampung Kala Star di sini pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, BN bukan sahaja menjelaskan isu-isu yang ditimbulkan lawan.

Ujarnya, mereka (BN) cuba mencari jalan menyelesaikan masalah yang timbul di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Iklan

Ahmad Zahid memberitahu, beliau berpuas hati dengan kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh seluruh jentera termasuklah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob.

"Kini kami serah kepada ALLAH supaya memberikan kemenangan kepada calon BN iaitu Awie (Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani)," katanya.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.