Remaja maut motosikal bertembung Hilux cuba memotong

Iklan
Motosikal Mohamad Asyraf yang turut tercampak ke bahu jalan. Gambar kanan: Keadaan remuk pada Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan di Kuala Krai. Foto Ihsan PDRM.

KUALA KRAI - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Chuchuh Puteri A - Sungai Pas, di sini, Rabu.

Iklan
Iklan

Mohamad Asyraf Mohd Asri, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, kejadian kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu dua motosikal dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Iklan

Katanya, bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux iaitu warga emas lelaki berusia 61 tahun tidak mengalami kecederaan manakala, seorang suri rumah berusia 37 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun yang menaiki sebuah motosikal lain jenis Modenas Kriss, hanya cedera di bahagian kaki.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu dari arah Chuchuh Puteri B menghala ke Chuchuh Puteri A memotong Modenas Kriss di hadapannya lalu masuk ke laluan asal.

Iklan

"Pada masa sama, motosikal ditunggang Mohamad Asyraf masuk ke laluan bertentangan disebabkan mengelak Toyota Hilux yang masuk ke laluannya ketika memotong,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, pada Khamis.

Kemalangan berlaku di Jalan Chuchuh Puteri A-Sungai Pas, di sini, Rabu, meragut nyawa Mohamad Asyraf. Foto Ihsan PDRM.

Menurut beliau, oleh sebab itu, kedua-kedua kenderaan tersebut bertembung dan Mohamad Asyraf tercampak di bahu jalan selain motosikalnya dirempuh Modenas Kriss yang berada di belakang Toyota Hilux.

"Mohamad Asyraf yang bekerja sendiri itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

"Mayat mangsa di bawa ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk dibedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan terperinci akan dijalankan oleh pihak polis dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis Trafik Kuala Krai,” ujarnya.