Rakyat di Nenggeri mahu beri mandat kepada BN - Jazlan

Iklan
Ahmad Jazlan (kanan) bersama Ahmad Zahid (dua, kiri) semasa Program Hari Terbuka Risda Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 di Kampung Kala Star, Gua Musang pada Khamis.

GUA MUSANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub mengakui rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mahu memberi mandat kepada parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.

Beliau berkata, keyakinan ini bersandarkan kepada respon yang diberikan oleh rakyat selepas parti itu menamakan Awie atau Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon.

Iklan
Iklan

"Apa yang kita lihat dibawah seolah-olah terdapat satu gelombang untuk PRK kali ini dan sudah tentulah faktor calon memainkan peranan penting.

"Keyakinan rakyat pada calon dan juga keyakinan rakyat bahawasanya Kerajaan Persekutuan yang mampu menyelesaikan masalah di Nenggiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Hari Terbuka Risda Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 di Kampung Kala Star di sini pada Khamis.

Iklan

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, situasi itu menyaksikan rakyat yang dulunya tidak menyokong BN kini mula menyatakan sokongan untuk bersama parti itu.

Iklan

Katanya, sokongan itu menunjukkan mereka mahu BN melakukan perubahan di Nenggiri.