Kes kehilangan menjadi-jadi, Ustaz Jafri kongsi doa keselamatan keluar rumah

Iklan
BERDOALAH kepada ALLAH agar dijauhi perkara buruk setiap kali keluar dari rumah.

SETIAP hari, ada sahaja berita kehilangan insan tersayang dilaporkan media.

Bahkan lebih menyayat hati apabila pengakhirannya berlaku pelbagai kejadian buruk yang tiada siapa pun inginkan seperti pembunuhan, penculikan dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Terbaharu, kehilangan Nidza Afham Mokhtar pada petang Selasa terjawab apabila mayatnya ditemukan terapung di Sungai Klang, Selangor pada pukul 7.30 malam, Rabu.

Sebelum berkongsi doa tersebut, beliau sempat menyatakan kerisauannya terhadap kejadian kehilangan orang yang semakin bertambah.

Iklan

LAPORAN Sinar Harian berkaitan kehilangan orang.

"Kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pemuda bernama Nidza Afham, yang jenazahnya ditemui terapung di dalam Sungai Klang. Kita ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarganya.

Iklan

"Sekarang ini semakin menjadi-jadi berita kehilangan. Ia bukan setakat melibatkan anak-anak kecil, bahkan orang dewasa juga sama.

Menurut beliau, doa yang diajar Baginda SAW adalah seperti berikut:

USTAZ Jafri berkongsi doa keluar rumah seperti diajarkan Rasulullah SAW supaya selamat dan dijauhi perkara tidak diingini.

"Dengan nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-NYA.”

Doa tersebut diambil daripada sepotong hadis Rasulullah SAW:

"Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla walaa quwwata illa billah’, maka dikatakan ketika itu, ‘Kamu akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi’. Malah syaitan juga akan menjauh daripada kamu. Syaitan yang lain akan berkata: ‘Bagaimana kamu ingin mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, dicukupkan dan diberikan perlindungan ALLAH SWT?” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)