Sukma 2024: Negeri Sembilan mula garang

Iklan
Pemain Negeri Sembilan, Nur Adriana Amie Ahmad Suhaimi (kiri) melakukan pukulan pada aksi Kumpulan D Sukma 2024 di IKBN Miri.

SKUAD sofbol wanita Negeri Sembilan bermula garang pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 apabila menundukkan tuan rumah Sarawak 14-3 pada perlawanan pembukaan kumpulan D di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri pada Khamis.

Negeri Sembilan bimbingan ketua jurulatih, Muhammad Afnan Abdul Azizi hadir dengan aksi meyakinkan selepas mendominasi keseluruhan permainan melibatkan tiga innings.

Iklan
Iklan

Tiga mata Sarawak hanya berjaya diraih pada innings ketiga sekali gus tidak memadai untuk mengejar Negeri Sembilan yang merekodkan kemenangan pertama mereka di peringkat kumpulan.

Pemain Negeri Sembilan meraikan kemenangan selepas menumpaskan Sarawak pada aksi Kumpulan D Sukma 2024 di IKBN Miri.

"Alhamdulillah Negeri Sembilan menang perlawanan pertama. Pemain dapat adaptasi permainan dengan cepat selain cuaca panas yang bagi saya memainkan peranan penting dalam perlawanan ini.

Iklan

"Bagaimanapun kami tidak mahu terlalu berasa selesa dan akan mengalihkan fokus kepada perlawanan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, keputusan dilakar menjadi penyuntik semangat buat pasukan itu yang bertandang ke Bumi Kenyalang dengan misi membawa pulang pingat emas selepas kali terakhir sofbol dipertandingkan di Sukma 2013.

Iklan

Sementara itu, pertembungan Kumpulan C, Johor membuka kempen dengan cemerlang menundukkan Selangor 3-0, manakala Perak mencatat kemenangan 10-2 ke atas Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Pahang menewaskan Sabah dengan keputusan 5-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan D.

Sofbol menawarkan dua pingat emas masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita, yang membuka tirai hari ini dan berlangsung hingga 19 Ogos. - Bernama