Nenggiri dan masa depan Ahmad Zahid
Iklan
HANYA berbaki sehari sebelum 20,259 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menunaikan tanggungjawab memilih calon wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri. Pastinya debaran semakin dirasai calon bertanding.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan Mohd Rizwadi Ismail dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili Perikatan Nasional (PN).