Tak minat SPM, ibu dorong anak ambil Sijil Kemahiran Malaysia

Iklan
Danish

SHAH ALAM - Dorongan ibu supaya mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kerana anak tidak lagi minat belajar sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ternyata membuahkan hasil.

Zeeda Aziz berkata, anaknya yang bernama Danish memiliki dua SKM Tahap 2 dalam bidang jahitan dan kini berjaya pekerjaan di sebuah butik mewah di Selangor.

Iklan
Iklan

Zeeda

"Hanya sekali temuduga, dia diterima untuk bertugas sebagai perunding fesyen di sebuah butik mewah di Selangor.

Iklan

"Gajinya juga alhamdulillah cukup baik, dan membolehkan dia untuk tinggal berasingan dan mula hidup berdikari.

"Ibu bapa sekalian, tidak semua anak-anak ni minat dalam bidang akademik. Dari empat anak saya, dua mungkin cenderung akademik, dua lagi cenderung kemahiran,” katanya dalam perkongsian di Facebook, baru-baru ini.

Iklan

Ujar Zeeda, sebelum ini prestasi pelajaran Danish sebagai pelajar di sebuah sekolah didapati menyusut lebih-lebih lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, penurunan prestasi itu menunjukkan bahawa anaknya lebih cenderung kepada bidang kemahiran berbanding akademik.

"Ketika di Tingkatan 4, kami keluarkan Danish dari sekolah dan tempatkan dia di Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sik, Kedah. Di sinilah Danish belajar asas jahitan pakaian wanita tahap 2.

"Kemudiannya anak saya menyambung pengajiannya di GiatMara Kuala Lumpur untuk mendalami bidang jahitan pakaian lelaki tahap 2 pula,” ujarnya.

Dalam pada itu, ulas Zeeda, tidak semua anak-anak minat dalam bidang akademik semata-mata.

Jelasnya, daripada empat anaknya, dua orang lebih cenderung ke arah bidang kemahiran manakala selebihnya dalam akademik.

"Jangan rasa berputus asa jika anak anda tidak berminat dengan sekolah ataupun gagal akademik.

"Mungkin kecemerlangan mereka ada di tempat lain,” menurutnya.