'Saya pilih untuk tidak punya zuriat'

Iklan
Konflik yang dihadapi bersama ibu bapa menjadikan seorang wanita mengambil keputusan untuk tidak mempunyai cahaya mata. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Konflik yang dihadapi bersama ibu bapa menjadikan seorang wanita mengambil keputusan untuk tidak mempunyai cahaya mata.

Menurut Hamimah (bukan nama sebenar), 27, keputusan itu dibuat sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan suaminya dan perkara tersebut telah mendapat persetujuan bersama.

Iklan
Iklan

"Saya memilih untuk childfree disebabkan isu dengan ibu bapa sendiri. Saya tidak suka jika kita melihat anak sebagai saham ketika hari tua kita kerana mereka adalah amanah.

"Jadi ibu bapa perlu ikhlas besarkan anak-anak dan bukannya bila mereka sudah besar kita mahukan balasan. Saya tidak mahu jadi ibu bapa yang menyusahkan anak,” katanya.

Iklan

Tambah Hamimah, dia juga masih belum bersedia dari segi mental dan fizikal serta kewangan.

"Semua orang ada pendapat masing-masing. Mereka boleh kecam kita tapi yang rasa kesengsaraan itu adalah diri sendiri.

Iklan

"Saya harap ALLAH membuka hati saya untuk timang cahaya mata dengan rasa ikhlas untuk menjaga amanah itu dan kewangan saya bersama suami semakin kukuh,” jelasnya.