Batal larangan komik bimbang jadi ikutan
Iklan
SHAH ALAM - Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan perintah larangan terhadap penerbitan komik berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama dibimbangi menjadi ikutan pihak lain dalam memperjuangkan buku-buku yang mempunyai kandungan ideologi komunis.
Felo Kanan, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, situasi tersebut dijangka membahayakan negara kerana ia menyebabkan wujudnya usaha ‘menghalalkan’ kandungan buku yang melanggar batas undang-undang.