Lelaki maut dilanggar ketika tolak kenderaan rosak

Iklan
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan. Foto IPD Kluang

KLUANG - Tindakan seorang lelaki menolak kenderaannya yang rosak ke lorong kecemasan, mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori tangki dalam nahas di kilometer (KM) 53.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Arah Utara), di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV dengan sebuah lori tangki.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati SUV berkenaan secara tiba-tiba mengalami kerosakan di lorong kiri telah berhenti secara mengejut sebelum pemandunya turun untuk menolak keretanya itu ke lorong kecemasan.

"Mangsa yang berusia 48 tahun kemudiannya dilanggar oleh sebuah lori tangki yang dipercayai tidak perasan keberadaan mangsa berikutan keadaan di lokasi yang gelap selain tiada lampu jalan.

Iklan

"Akibat perlanggaran tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, ujian air kencing terhadap pemandu lori tangki didapati negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan