JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, akan terus memperketatkan kawalan dan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk utama di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Menurut Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, dalam operasi yang dilakukan sehingga Rabu lalu menyaksikan seramai 169 warga asing dan 19 warga tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan.
Iklan
Iklan
"Warga asing yang ditahan meliatkan 43 warga Indonesia, 33 (Myanmar), 22 (Bangladesh), 18 (Pakistan), 14 (Singapura), 10 (China) lapan (India), empat (Vietnam), tiga (Thailand), tiga (Kemboja), dua (Nepal), dua (Mesir), dua (Korea) dua (Iran) dan masing-masing seorang warga Syria, Nigeria dan Algeria.
"Operasi yang dilakukan sehingga 15 Ogos 2024 di pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pula menyaksikan seramai 80 warga asing dari pelbagai negara seperti Singapura, China, Bangladesh, Indonesia, India dan Itali ditahan, manakala seramai 88 warga asing dikenakan kompaun di pintu masuk,” katanya.
Artikel Berkaitan