Pameran Seni Amal pamer 1,000 karya kanak-kanak

Iklan
Sayap Wanita MCAH menganjurkan Pameran Seni Amal: Impian Tercapai 2.0 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Ogos di di Tropicana Gardens Mall.

SHAH ALAM - Pameran Seni Amal: Impian Tercapai 2.0 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Ogos ini mempamerkan hampir 1,000 karya agung kanak-kanak secara dalam talian dan luar talian.

Presiden Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH), Datuk Seri Dr KK Chai berkata, karya-karya itu bukan sekadar gabungan warna dan bentuk tetapi juga ekspresi tulen dunia dalaman kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap karya seni membawa impian, harapan dan aspirasi indah mereka untuk masa depan.

"Dream Comes True bukan hanya pameran seni tetapi juga sebuah harapan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat.

Iklan

"Jadi, Pameran Seni Amal Impian Tercapai 2.0 2024 meneruskan misi tahun lalu yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak. Melalui kuasa seni, kami mencipta masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Pameran yang dianjurkan Sayap Wanita MCAH itu bertemakan Malaysia Di Bawah Tongkat Ajaib.

Iklan

Ia akan diadakan pada jam 10 pagi hingga 10 malam di Tropicana Gardens Mall.

Tambah KK Chai, acara itu bertujuan mengumpul dana dan sumber pendidikan untuk 13 rumah anak yatim, institusi orang pekak dan bisu serta pesakit kanser di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

"Kanak-kanak ini mungkin menghadapi cabaran hidup, tetapi mereka tidak pernah menyerah demi masa depan. Sasaran pengumpulan dana tahun ini adalah RM 200,000, dan kami telah berjaya mengumpul RM 150,000.

'Masing-masing mempunyai tanggungjawab mewujudkan persekitaran yang penuh dengan kasih sayang dan perhatian agar mereka membesar tanpa kebimbangan untuk mengejar impian mereka," ujarnya.

Beliau turut mengharapkan lebih ramai pihak memberi perhatian kepada kanak-kanak dalam perkembangan dan pertumbuhan mereka menerusi acara tersebut.

"Setiap sumbangan dan kasih sayang akan menjadi pendorong mereka untuk terus maju serta menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

"Diharapkan Pameran Seni Amal: Impian Tercapai 2.0 akan berjaya," jelasnya.