Amang seksual: Paderi mengaku tidak bersalah

Iklan
Seorang paderi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah gereja pada Jun lepas.Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang paderi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah gereja pada Jun lepas.

B Moses Melchidezek, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Iklan
Iklan

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, Moses didakwa atas kesalahan sama.

Iklan

Kedua-kedua kesalahan dilakukan di sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong, Puchong kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam pada akhir Jun 2024.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nabilah Abd Rashid mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan tertuduh tidak dibenarkan untuk menghubungi mangsa.

Peguam mewakili tertuduh, Datuk N Sivananthan memohon supaya mahkamah mempertimbangkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan dan menyerahkan syarat-syarat tambahan lain untuk ditentukan mahkamah.

"Dalam kes ini pengadu (mangsa) tinggal di gereja tersebut dan mangsa telah pun berpindah keluar dan tiada risiko untuk apa-apa gangguan kepada mangsa," katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM15,000 secara bersekali bagi kedua-dua pertuduhan dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 September ini. - Bernama