Sindiket tawar pekerjaan tidak wujud diserbu polis

Iklan
Azizi (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas dalam serbuan di dua rumah yang dijadikan pusat panggilan sindiket tawaran pekerjaan tidak wujud dalam talian di Taiping.

IPOH - Tindakan licik sindiket penipuan tawaran pekerjaan dalam talian berjaya ditumpaskan dalam serbuan Op Khas 'Calling Center' di Aulong, Taiping, Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, serbuan di dua rumah sewa sekitar jam 1.30 petang itu membawa kepada penahanan 11 suspek termasuk seorang wanita hamil berusia 21 hingga 26 tahun.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sindiket yang dipercayai aktif sejak dua minggu lalu menyasarkan mangsa dalam kalangan warga tempatan dan Singapura.

"Dengan penahan tujuh lelaki dan empat wanita yang berperanan sebagai operator itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 130 kes di seluruh negara.

Iklan

"Modus operandinya, kumpulan ini menjalankan aktiviti penipuan melalui laman media sosial dengan membuka pusat operasi.

"Sindiket ini meminta mangsa membeli barang sebelum mempromosikan kepada pembeli lain dengan menjanjikan komisen antara tiga hingga 13 peratus dalam masa yang singkat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Jumaat.

Azizi (tiga dari kanan) menunjukkan barangan kemas yang dirampas dari peti simpan milik suspek yang disyaki hasil penipuan di sebuah rumah sewa yang dijadikan 'calling center' di Taiping.

Iklan

Tambah Azizi, pihaknya merampas pelbagai barangan dan menyita barangan berharga hasil daripada aktiviti penipuan dianggarkan bernilai RM500,000.

"Selain komputer riba dan 35 telefon bimbit, polis merampas 98 keping kad bank, empat keping bar emas dan 18 barangan kemas seperti cincin, loket dan rantai.

"Turut dirampas wang tunai RM1,600, seutas jam tangan jenama Fossil dan lima kereta pelbagai jenis," katanya.

Azizi berkata, 10 suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini manakala wanita hamil tersebut direman sehari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Masyarakat dinasihatkan agar tidak sesekali menekan pautan dan muat turun apa-apa aplikasi yang tidak diketahui sumbernya.

"Jangan sesekali membuat pembayaran bagi pihak orang lain yang tidak dikenali kerana ini mungkin boleh menyebabkan seseorang boleh terjebak dalam membantu sindiket melakukan aktiviti pengubahan wang haram," katanya.

Ringkasan berita:

  • Tiga Beradik Didakwa: R Arul, R Kalidas, dan R Elango didakwa atas tuduhan mencederakan seorang lelaki dengan parang dan pisau di Tampin pada 4 Ogos 2024.
  • Pengakuan: Mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
  • Hukuman: Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara hingga 20 tahun.
  • Jaminan: Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 setiap tertuduh, dengan syarat tidak mengganggu mangsa.
  • Kes Disebut Semula: Kes akan disambung pada 18 September 2024.
Dijana oleh AI