Pakistan, Sweden lapor kes pertama mpox

Iklan
Varian baharu mpox didakwa menyerang golongan kanak-kanak. Foto Agensi

ISLAMABAD - Pihak berkuasa kesihatan Pakistan pada Jumaat mengesahkan kes pertama virus mpox membawa maut di negara itu setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam global.

"Pesakit berusia 34 tahun itu dari negara Teluk,” ujarnya tanpa memberikan butiran lanjut.

Iklan
Iklan

Kes itu dilaporkan sehari selepas Sweden mengumumkan kes varian mpox pertama di luar Afrika.

Agensi kesihatan di Stockholm mengesahkan ia adalah strain sama virus yang menyebabkan lonjakan kes di Republik Demokratik Congo sejak September lalu.

Iklan

"Pesakit didiagnos positif mpox varian Clade I dan telah diberi rawatan,” kata ahli epidemiologi, Magnus Gisslen sambil menambah kes tersebut bagaimanapun tidak mengancam populasi umum.

Menurutnya, negara itu telah membuat persediaan rapi untuk mendiagnosiss, mengasingkan dan merawat pesakit dijangkiti mpox.

Iklan

Difahamkan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) melihat ancaman mpox di rantau itu masih rendah meskipun ia telah meragut lebih 500 nyawa di Khinshasa sejak awal tahun lalu dan mencetuskan kebimbangan terhadap komuniti kesihatan global. - AFP