Lelaki dakwa diri 'menteri' dalam kumpulan ajaran Millah Abraham ditahan

Iklan
Mohd Fared

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja swasta dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan dalam operasi bersepadu di daerah Batu Pahat, pada Rabu lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, lelaki berusia lingkungan antara 45 hingga 50 tahun itu mendakwa dirinya berstatus 'menteri' dalam kelompok ajaran sesat itu.

Iklan
Iklan

"Sebutan kes bagi individu terbabit telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat pada Khamis dan perbicaraannya ditetapkan pada 24 September depan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut menggesa orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sebarang ajaran agama yang mencurigakan.

Iklan

"Kerajaan Johor akan kekal membanteras semua jenis ajaran sesat daripada berleluasa di negeri ini.

"Segala kekuatan enakmen dan perundangan yang berkuatkuasa akan digunakan bagi tujuan tersebut," katanya.

Iklan

Ringkasan berita:

  • Seorang pekerja swasta dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan di Batu Pahat, Johor.
  • Lelaki berusia 45-50 tahun itu mendakwa dirinya sebagai 'menteri' dalam kumpulan ajaran tersebut.
  • Penahanan dilakukan pada Rabu dalam operasi khas oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan polis.
  • Kes lelaki tersebut disebut di Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat, dengan perbicaraan dijadwalkan pada 24 September.
  • Exco Agama Johor menggesa masyarakat melaporkan ajaran mencurigakan kepada pihak berkuasa.
  • Kerajaan Johor bertekad membanteras ajaran sesat dengan menggunakan semua perundangan yang berkuatkuasa.
Dijana oleh AI