Syarat kelayakan SPM dorong pelajar tamatkan persekolahan - Fadhlina

Iklan
Fadhlina Foto Bernama

PUTRAJAYA - Syarat kelayakan minimum untuk menyertai perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara menjadi pendorong kepada pelajar untuk menamatkan persekolahan sekurang-kurangnya sehingga peringkat SPM.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif untuk memperluaskan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada calon dengan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula membuktikan komitmen Kerajaan untuk menggalakkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Iklan
Iklan

Ujar beliau, usaha untuk memperkenalkan kerangka Iltizam Kecekapan Pentadbiran sebagai satu mekanisme pengukuran tahap penyampaian perkhidmatan Kerajaan, dapat membantu meningkatkan produktiviti seluruh warga KPM.

"Agenda Reformasi Pendidikan yang sedang dilaksanakan KPM memerlukan komitmen jitu daripada seluruh warga pendidikan," jelas beliau.

Iklan

Fadhlina berkata demikian mengulas mengenai keputusan kerajaan meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada SPM atau setara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah tersebut bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.

Iklan

Fadhlina dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada Anwar dan Kerajaan yang telah bersetuju melaksanakan pelarasan gaji kepada kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional serta pengurusan tertinggi.

"Pengumuman ini memberi manfaat kepada hampir 500,000 orang guru dan kakitangan KPM.

"KPM bertekad untuk meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan di setiap peringkat dan mereformasikan pendidikan negara seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri," katanya.