Palestin, Mesir hargai usaha Malaysia rawat rakyat Palestin

Iklan
Ragai Tawfiq bercakap pada sidang akhbar pada Jumaat.

SUBANG - Usaha Malaysia membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat menerusi misi kemanusiaan dari Mesir amat dihargai.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, pihaknya memuji usaha keras Malaysia menyelamatkan pesakit yang cedera akibat kekejaman rejim Israel.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kerjasama itu menjadi realiti dengan jalinan bersama negara jiran Palestin iaitu Mesir yang telah memberi pelbagai bantuan selama ini.

"Namun, Malaysia menjadi negara pertama di Asia membawa pulang warga Palestin yang cedera sehingga menempuh penerbangan lebih 16 jam.

Iklan

Terdahulu, seramai 127 pesakit dan waris rakyat negara itu tiba dengan menaiki dua pesawat A-400M TUDM yang selamat mendarat, kira-kira pukul 2.15 petang.

Ketibaan mereka termasuk wanita dan kanak-kanak itu turut disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Walid Abu Ali bercakap pada sidang akhbar pada Jumaat.

Iklan

Tambah Walid, beliau yakin semua rakyat Palestin itu kini selamat di negara ini yang menjadi rumah kedua mereka.

"Malaysia sudah lama sentiasa menjadikan Palestin sebagai keutamaan menerusi sokongan dan solidariti yang kukuh," ujarnya.

Sementara itu, Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfiq Said Nasr berkata, pihaknya turut menghargai kerjasama Malaysia yang terbukti antara terbaik dalam bantuan kemanusiaan.

"Ia hasil kerjasama baik antara Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Perdana Menteri (Anwar) berkaitan misi khas ini.

"Kami akan terus memberi sokongan kepada Malaysia dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin," katanya.