JAKARTA -"Anggota wanita pasukan pengibar bendera pusaka (Paskibraka) dibenarkan memakai tudung ketika acara rasmi sempena meraikan ulang tahun ke-79 Hari Kemerdekaan di Ibu Kota Nusantara (IKN).”
Pengesahan itu dibuat Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono setelah insiden mendedahkan rambut ketika upacara pelantikan mereka pada Selasa lalu mengundang kritikan banyak pihak termasuk Majlis Ulema Indonesia (MUI).