Kejadian feri karam bukan di Pulau Pangkor

Iklan
Tular di aplikasi WhatsApp kejadian feri membawa penumpang tenggelam. Foto ihsan pembaca

LUMUT - Polis Perak menafikan video kejadian feri pelancong karam yang tular di media sosial pada Jumaat berlaku di Pulau Pangkor.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kejadian itu disahkan berlaku di luar negara.

Mohamed Nordin

Iklan
Iklan

"Polis menerima maklumat tidak sahih berkaitan dengan kejadian bot pelancong karam di Pulau Pangkor yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp pada jam 9 pagi.

"Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut bukan berlaku di Pulau Pangkor sebaliknya di luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan elakkan membuat sebarang spekulasi tidak benar hingga mengganggu ketenteraman awam.

Tangkap layar video menunjukkan keadaan feri mula tenggelam yang dilaporkan berlaku di Bahamas tahun lalu. Foto ihsan pembaca

Terdahulu, tular video berdurasi 2 minit 39 saat memaparkan sebuah feri dua tingkat membawa penumpang kononnya berlaku di Pulau Pangkor dilihat mula tenggelam.

Iklan

Difahamkan kejadian sebenar berlaku di Bahamas pada 14 November 2023 dan telah mengorbankan satu nyawa.

Feri tersebut digunakan untuk membawa sekitar 100 pelancong dari Nassau Paradise Island ke Blue Lagoon Island.