GUA MUSANG - Pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat adalah munasabah, selepas 12 tahun tiada kenaikan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, pelarasan berkenaan amat diperlukan penjawat awam terutama mereka yang dalam kumpulan sokongan.