Frenkie, Pops bantu kesan OKU disyaki jatuh Sungai Pahang

Iklan
Khidmat anjing pengesan K9 JBPM digunakan dalam operasi mengesan lelaki OKU yang hilang disyaki terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Kiambang, Gangchong di sini, sejak Rabu.

PEKAN - Khidmat dua anjing pengesan, Frenkie dan Pops dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digunakan dalam operasi mengesan lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hilang disyaki terjatuh di Sungai Pahang dekat Kampung Kiambang, Gangchong di sini, sejak Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, operasi pencarian pada hari kedua itu turut dibantu penyelam dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Pekan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi pencarian di permukaan diperluaskan kepada radius 10 hingga 15 kilometer selain secara 'body swapping'.

Anggota bomba melakukan pencarian pada hari kedua operasi SAR lelaki OKU yang hilang disyaki terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Kiambang, Gangchong di sini sejak Rabu lalu.

"Seramai 46 anggota penyelamat termasuk pegawai terdiri anggota dari BBP Pekan, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) digerakkan pada operasi itu dengan dibantu penduduk setempat.

Iklan

"Sehingga jam 6.30 petang tadi (Jumaat), mangsa masih belum ditemui," katanya.

Operasi pencarian pada hari kedua turut dibantu penyelam dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Pekan.

Kehilangan mangsa, Mahadir Abd Hamid, 49, disedari jam 9 pagi Rabu.

Iklan

Pihak polis menggerakkan pencarian bersama keluarga dan penduduk kampung namun usaha mengesan mangsa yang dipercayai mengalami masalah mental itu gagal.

Mangsa disyaki terjatuh ke sungai setelah selipar miliknya ditemui di atas tunggul di kawasan sungai itu kira-kira jam 6 petang hari berkenaan.