Asia's Kids Star teruskan program perkongsian budaya China-Malaysia

Iklan
Persembahan kebudayaan Malaysia pada program berlangsung pada Jumaat. Gambar kecil: Mazlan

KUALA LUMPUR - Seramai 50 pelajar dari negara China hadir mengadakan persembahan kebudayaan di Pawagam Mini P Ramlee Finas, pada Jumaat.

Pengerusi Asia's Kids Star, Dr Mazlan Ahmad berkata, kedatangan pelajar berkenaan selama lima hari di Malaysia sebagai pengisian perkongsian budaya antara Malaysia-China sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dua negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program tahunan yang masuk tahun kelima itu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk bahagian pendidikan dan komunikasi serta kebudayaan.

"Selain program berlangsung pada Jumaat, pelajar-pelajar berkenaan juga akan dibawa melawat sekolah, muzium dan beberapa lokasi tumpuan pelancongan.

Isaiah Jacob (kanan) pada Festival Kebudayaan dan Kesenian Asean (Malaysia & China) Pertama dan Asia's Kids Star di sini pada Jumaat.

Iklan

"Objektif program ialah berkongsi kebudayaan selain juga menyemarak sambutan kemerdekaan melalui persembahan patriotik daripada hampir 30 peserta tempatan," katanya pada Festival Kebudayaan dan Kesenian Asean (Malaysia&China) Pertama dan Asia's Kids Star di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Isaiah Jacob.

Iklan

Mazlan berkata, selain pelajar China datang ke Malaysia, bakat muda dari dalam negara juga turut diterbangkan ke sana.

"Saya harap program ini menjadi platform buat ibu bapa menonjolkan bakat seni anak-anak mereka melalui pertandingan tarian, warisan dan budaya," katanya.

Gesekan biola daripada peserta cilik dalam program yang berlangsung pada Jumaat.

Ujarnya, setiap tahun sekurang-kurangnya empat program utama dianjurkan seperti perkongsian budaya, pertandingan robotik serta persembahan artis.