Mayat wanita sudah berulat ditemui dalam longkang

Iklan
Anggota polis mengangkat satu mayat wanita yang ditemukan terapung berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto PDRM.

SHAH ALAM - Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima maklumat berkenaan kejadian itu jam 6.30 petang daripada orang awam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati si mati merupakan seorang perempuan, namun identiti belum dapat dikenal pasti.

"Si mati ketika dijumpai hanya berbaju dan berseluar dalam serta keadaan mayat berulat.

Iklan

"Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Anggota polis mengangkat satu mayat wanita yang ditemukan terapung berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor pada Jumaat.Foto: PDRM.

Kata beliau, mayat dihantar ke jabatan forensik Hospital Shah Alam untuk menjalani ujian bedah siasat pada Sabtu, seterusnya mengenal pasti punca kematian.

Iklan

Menurut beliau, siasatan diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR).

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355," ujarnya.