Tiada istilah bulan madu buat Nurul Izzah

Iklan
Nurul Izzah Izzati

PELUMBA berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri enggan mengambil masa yang lama untuk berehat selepas kembali ke tanah air dari Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Selepas ini pelumba berusia 20 tahun itu akan kembali ke trek menjalani latihan bagi mengharungi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 di Denmark, Oktober depan.

Iklan
Iklan

"Saya tiada rehat dan akan menjalani latihan seperti biasa. Selepas ini saya akan menyertai Kejohanan Dunia di Denmark.

"Saya mahu lakukan lebih baik berbanding prestasi saya di Paris tempoh hari,” katanya.

Iklan

Di Paris 2024, Nurul Izzah berjaya membaharui rekod kebangsaan miliknya dengan catatan baharu 10.709 saat (s) ketika pusingan kelayakan acara pecut wanita.

Pencapaian tersebut membuktikan pelumba dari Sungai Petani, Kedah itu berupaya memberi saingan sengit biarpun ia adalah penampilan pertamanya pada temasya terbesar dunia tersebut.

Iklan

"Ini Olimpik pertama dan saya tidak sangka kerana mampu melayakkan diri ke pentas sukan terbesar dunia itu. Saya gembira apa yang dicapai di Paris dan dapat pecahkan rekod kebangsaan.

"Saya tahu, perjalanan masih lagi jauh dan perlu banyak belajar lagi dalam sukan ini. Saya mahu beraksi dengan lebih baik dan mahu ke Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028) nanti,” katanya.