Tidak mampu punca enggan ambil insurans kesihatan mental
Iklan
SHAH ALAM - Bimbang akan pertambahan komitmen menyebabkan kebanyakan individu yang menghidap masalah kesihatan mental enggan mengambil polisi insurans perlindungan penyakit berkenaan.
Seorang pekerja kilang yang mahu dikenali sebagai Nur Alisa, 26, berkata, dia tidak melanggan sebarang insurans perlindungan kesihatan ekoran pihak syarikat sudah menyediakan polisi itu kepada para pekerja.