PDRM FC meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur City, 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Selayang pada Jumaat.
The Cops kendalian P Maniam menampilkan rangkaian pencetak gol Bruno Suzuki, Ifedayo Olusegun dan Shahrel Fikri Fauzi bermula garang diinspirasikan kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC di Paroi 11 Ogos lalu.
Iklan
Iklan
Sebaliknya, The City Boys asuhan Miroslav Kuljanac dijanakan Paulo Jose dan Haqimi Azim Rosli juga tampil agresif berusaha bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Terengganu FC, 11 Ogos.
Pasukan tuan rumah terlebih dulu memimpin separuh masa pertama menerusi jaringan Ifedayo yang menjinakkan penjaga gol The City Boys, Azri Ab Ghani seawal minit kesembilan.
Cops yang tidak mengalah meningkatkan tekanan kembali memimpin perlawanan menerusi jaringan Fadi Muhammad Awal Saleh minit ke-65 untuk tiga mata tuan rumah.
Sementara itu, Terengganu kendalian Tomislav Steinbruckner gagal meneruskan momentum kemenangan apabila diikat 1-1 ketika melayan kunjungan Sri Pahang asuhan Fandi Ahmad di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Skuad Penyu memimpin separuh masa pertama hasil cetakan gol Nurillo Tukhtasinov minit ke-47 yang kemudiannya disamakan menerusi tandukan kapten Tok Gajah, Stefano Brundo minit ke-93 untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.