PLUS raikan rakan media, eratkan silaturahim

Iklan
Peserta bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan.

SUBANG JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meraikan rakan media sebagai menghargai jasa mereka yang selama ini menyediakan pelbagai laporan mengenai isu keselamatan jalan raya selain informasi trafik kepada orang ramai.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Iskandar Dzulkifli berkata, program apresiasi media bukan sahaja memberi peluang merasai perlumbaan di kawasan litar go kart, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim bersama pihak pengurusan PLUS.

Iskandar


Zamri (dua dari kanan) bersama pasukan Sinar Harian.

Iklan
Iklan

"Kita nak raikan pengamal media yang telah sekian lama menyokong perkhidmatan PLUS dari segi laporan, sokongan, nasihat dan juga rujukan.

"Ini merupakan cara kita menghargai sokongan mereka dan juga memberi peluang kepada rakan media mencuba sukan go kart,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Flag Off Pertandingan Media Merdeka Go Kart Endurance Race 2024 di Elite Speedway Plus Karting Circuit Lebuh Raya Elite, di sini pada Jumaat.

Peserta mendengar taklimat mengenai cara mengendalikan mesin jentera go kart sebelum memulakan acara.

Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar; Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Iskandar, pemenang bagi pertandingan tersebut berpeluang membawa wang tunai bersama trofi dan medal.

Tambah beliau, penyertaan pada tahun ini amat memberangsangkan daripada pengamal media.

Peserta bergambar di podium sebelum acara bermula.

Beliau berkata, selain media cetak, radio, televisyen dan media atas talian turut bersama-sama menyertai acara tersebut.

"Hadiah tempat pertama untuk kategori Endurance akan membawa pulang wang tunai RM2,000,tempat kedua RM1,000, tempat ketiga RM800, tempat keempat RM700 serta tempat kelima RM500.

"Sambutan yang diterima sangat baik malah penyertaan juga di luar jangkaan. Alhamdulillah memang luar biasa,” katanya.