Remaja maut terjatuh ke dalam tasik

Iklan
Mangsa ditemukan sekitar jam 7.35 malam, Jumaat. - Foto BBP Kempas

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki lemas setelah terjatuh ke dalam sebuah tasik berhampiran Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai, Jalan Denai 12 di sini, pada Jumaat.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Yazid Abdul Rahman, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 6 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan jentera fire rescue tender (FRT) dan satu unit jentera perkhidmatan penyelamatan dan perawatan kecemasan (EMRS) dengan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, telah dihantar ke lokasi.

"Setibanya PKO ke lokasi didapati seorang mangsa, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terjatuh ke dalam sebuah tasik di kawasan berkenaan.

Iklan

"PKO kemudiannya bertindak membuat pencarian dengan kaedah surface searching menggunakan grappling iron.

Usaha pencarian mangsa oleh pihak bomba. - Foto BBP Kempas

"Mangsa akhirnya ditemukan sekitar jam 7.35 malam oleh pasukan penyelamat bomba, namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut sama berada di lokasi,” katanya.

Iklan

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sekitar jam 8.10 malam.