Polis kesan pemandu lawan arus di Lebuhraya EDL

Iklan
Tangkap layar sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan pemandu kereta yang memandu melawan arus di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah mengesan satu video yang tular di laman sosial.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam video berkenaan memaparkan sebuah kereta berwarna putih, bernombor plat negara asing memandu secara melawan arus dari arah Johor Bahru menghala ke Pandan, Johor.

"Pada Jumaat sekitar jam 5.19 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah mengesan video yang tular di Facebook yang memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus di Lebuhraya EDL.

Iklan

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam dan polis masih mengesan pemandu kereta berkenaan.

"Sehubungan itu, polis memohon agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Nafiza Othman di talian 014-8068350 bagi membantu siasatan," katanya.

Iklan