20 pelajar perubatan diculik di Nigeria

Iklan
Sekurang-kurangnya 20 pelajar perubatan dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan menghadiri konvensyen tahunan Persekutuan Pelajar Perubatan dan Pergigian Katolik, di Nigeria. Gambar hiasan

ABUJA - Sekurang-kurangnya 20 pelajar perubatan dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan menghadiri konvensyen tahunan Persekutuan Pelajar Perubatan dan Pergigian Katolik, di Nigeria.

Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo, sebuah bandar di negeri Benue, kata jurucakap polis Catherine Sewuese Anene kepada Xinhua.

Iklan
Iklan

Siasatan sedang dijalankan dan agensi keselamatan diarah menjejaki kumpulan bersenjata serta menyelamatkan mangsa. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan