PRK Nenggiri: Bangun 5.30 pagi, kerah 14 anak keluar mengundi

Iklan
Zakaria selesai mengundi pada jam 8.05 pagi di Pusat Mengundi Tabila Sri Bakawali, Kampung Bertam Lama, Gua Musang pada Sabtu.

GUA MUSANG - Seorang penoreh getah bukan sahaja bangun seawal jam 5.30 pagi malah mengerahkan 14 anaknya untuk keluar mengundi kerana teruja memilih wakil rakyat baharu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

Zakaria Mamat, 64, turut menjadi pengundi terawal di Pusat Daerah Mengundi Tabika Sri Bakawali, Kampung Bertam Lama di sini apabila tiba seawal jam 7.45 pagi.

Iklan
Iklan

"Saya bersemangat untuk mengundi sebab itu seawal jam 5.30 pagi sudah bangun untuk keluar mengundi. Alhamdulillah saya menjadi pengundi pertama di sini.

"Seramai 14 anak saya termasuk tujuh orang yang berada di luar kawasan juga pulang untuk mengundi di sini," katanya ketika ditemui pemberita.

Iklan

Zakaria berkata, dia juga keluar awal kerana mahu bertemu mata dengan calon PRK yang membuang undi di pusat mengundi berkenaan.

Sementara itu, suri rumah yang sarat hamil, Che Nurul Amira Che Mat, 35, mengakui lega dapat mengundi dalam keadaan dirinya yang menunggu kelahiran bayi keenam.

Iklan
Che Nurul Amira tetap datang mengundi biarpun sarat mengandung.

Bahkan, dia yang juga pengundi luar tidak kisah menempuh perjalanan jauh lebih 200 kilometer dari Kota Bharu ke Kampung Bertam Lama untuk mengundi.

"Perut saya sebelum ini memang dah kerap sakit tapi mujurlah masih belum bersalin.

"Jadi bolehlah saya datang mengundi pada hari ini. Hari ini saya datang naik motosikal bersama suami dari rumah ibu mentua. Suami orang sini dan dia turut mengundi," ujarnya.

Dalam pada itu, pengundi muda, Akmal Haikal Aliyasok, 18, berkata, proses membuang undi lancar kerana datang awal.

Akmal Haikal

"Saya keluar rumah seawal 7.40 pagi dan tak sampai 10 minit semuanya selesai.

"Masa mahu memangkah tadi agak berdebar sebab baru pertama kali mengundi. Diharap calon yang dipilih nanti dapat bela kebajikan golongan muda," katanya.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.