Koperasi di Pahang capai perolehan RM1 bilion dua tahun lebih awal

Iklan
Anugerah Koperasi Terbaik Keseluruhan Pahang yang disampaikan Amizar (tengah) kepada Koperasi Serbaguna Dara Berhad

TEMERLOH - Gerakan koperasi di negeri ini membuktikan kecemerlangan apabila mencatatkan perolehan RM1 bilion dua tahun lebih awal berbanding tempoh sasaran yang ditetapkan.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, sebelum ini gerakan koperasi di Pahang disasarkan mencapai perolehan tersebut pada 2025.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sasaran itu dilancarkan pada Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Pahang di Jerantut pada 2022.

"Terdapat 1,178 koperasi berdaftar melibatkan kira-kira 305,000 ahli dengan aset bernilai RM1.5 billion dan ia satu pencapaian yang tinggi.

Iklan

"Syer anggota pula mencecah RM450 juta dan jumlah perolehan telah mencapai RM1.07 bilion sekali gus mencatatkan satu pencapaian baik dan perlu dikekalkan selain terus meningkat," katanya.

Hadiah utama cabutan bertuah, sebuah motosikal yang dimenangi Kadi Daerah Temerloh, Abdul Aziz Abdul Karim (dua dari kiri) yang disampaikan oleh Amizar (tengah) di Dewan Tun Razak, Temerloh pada Sabtu.

Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amran Abd Kadir dan Pengarah SKM Pahang, Ibrahim Husain.

Amizar berkata, proses peremajaan juga perlu dilakukan oleh semua koperasi bagi memastikan golongan muda sebagai pelapis yang bakal menerajui gerakan itu pada masa akan datang.

"Ini antara visi yang jelas oleh Menteri Besar selain program pemutihan koperasi iaitu kita perlu mengkaji dan menilai semula koperasi-koperasi sedia ada di Pahang, sama ada dorman, aktif atau tidak untuk memastikan kelestarian serta mendapat data yang tepat.

"Syukur Alhamdulillah, perolehan koperasi di Pahang mendapat kedudukan ke-3 di negara ini dan diharap dapat memperkasakan serta menambahkan hasil mereka supaya dapat kekal dengan pencapaian ini," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan gerakan koperasi di Pahang agar berhati-hati dengan sebarang pelaburan jangka pendek dan panjang bagi mengelakkan sebarang kerugian dan implikasi negatif.

"Pelaburan durian antara contoh dan banyak lagi contoh-contoh pelaburan lain yang perlu dinilai dengan sebaik-baik mungkin, pastikan dapat pulangan yang betul.

" Alhamdulillah, saya difahamkan belum ada koperasi di Pahang terlibat," ujarnya.

Sementara itu, turut berlangsung penyampaian anugerah koperasi terbaik mengikut sektor antaranya Anugerah Koperasi Terbaik Keseluruhan Pahang yang dimenangi oleh Koperasi Serbaguna Dara Berhad.