Southampton tambah kekuatan tengah

Iklan
Ugochukwu. Foto Agensi

SOUTHAMPTON menambah kekuatan bahagian tengah The Saints bagi saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila merekrut Lesley Ugochukwu dari Chelsea secara pinjaman.

Ugochukwu dipinjamkan Chelsea selama satu musim kepada kelab yang baharu dinaikkan pangkat dari Liga Kejuaraan musim lalu.

Iklan
Iklan

Pemain tengah itu sebelum ini menyertai The Blues dari kelab Ligue 1 Perancis, Stade de Rennes dengan harga sekitar 30 juta euro membuat 15 penampilan bersama kelab barat London tersebut.

Ugochukwu, merupakan produk Akademi Rennes membuat penampilan sulungnya pada 2021, bermain 60 perlawanan secara keseluruhan untuk pasukan utama.

Iklan

"Southampton mempunyai sejarah yang hebat dalam perkembangan bola sepak Inggeris.

"Sejujurnya, ia adalah satu keputusan yang sangat mudah," kata pemain skuad Bawah 21 Tahun Perancis itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Southampton mengakhiri kempen Liga Kejuaraan di kedudukan keempat mara pentas EPL selepas memenangi perlawanan playoff menandatangani penyerang Cameron Archer dari Aston Villa dengan kontrak empat tahun,

Anak buah Russell Martin akan menyingkap kempen musim ini berdepan Newcastle United di Stadium St James' Park pada Sabtu.