PRK Nenggiri: Laungan takbir bergema di kem BN

Iklan
Suasana di kem BN di Bukit Cekati dekat sini apabila parti itu mendahului jumlah undi tidak rasmi PRK DUN Nenggiri pada Sabtu.
GUA MUSANG - Laungan takbir bergema di kem Barisan Nasional (BN) di Bukit Cekati dekat sini apabila parti itu mendahului jumlah undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

Semua penyokong dan ahli BN melaungkan takbir ketika Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Duduki mengumumkan keputusan tidak rasmi itu.

Asyraf Wajdi berkata, keputusan tidak rasmi itu menyaksikan BN mendahului dengan majoriti 2,846 undi setakat jam 7.35 petang.

"BN setakat ini mendapat 7,115 undi manakala Pas 4,269 undi," katanya.