Tak sampai 4 minit perlawanan Perak FC, JDT ditangguh akibat hujan

Iklan
Keadaan Stadium Perak yang digenangi air akibat hujan lebat menyebabkan perlawanan Liga Super di antara Perak FC dengan JDT ditangguh selama 30 minit.

TIDAK sampai empat permainan, perlawanan Liga Super di antara Perak FC menentang JDT terpaksa ditangguh selama 30 minit akibat hujan lebat di Stadium Perak di sini pada Sabtu.

Pada awalnya perlawanan diteruskan tempat jam 9 malam walaupun hujan lebat menyaksikan permainan agak perlahan.

Iklan
Iklan

Permukaan padang yang dipenuhi air menyebabkan hantaran bola tidak bagi kedua-dua pasukan tidak lancar dan mengganggu rentak perlawanan.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-3, pengadil, Razlan Joffri Ali menangguhkan perlawanan dan mengarahkan semua pemain meninggalkan padang.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, biarpun hujan lebat, penyokong tuan rumah dan pelawat tidak berganjak keluar dari stadium.