Perlawanan Perak FC, JDT ditangguhkan ke tarikh lain

Iklan
Perlawanan di antara Perak FC menentang JDT terpaksa ditangguhkan disebabkan cuaca serta keadaan padang yang tidak mengizinkan di Stadium Perak pada Sabtu.

PERLAWANAN Liga Super di antara Perak FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak di sini terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain akibat cuaca dan keadaan padang.

Keputusan itu dibuat pihak Malaysia Football League (MFL) yang diumumkan di hadapan lebih 2,000 penyokong di dalam stadium.

Iklan
Iklan

Susulan itu, difahamkan pihak MFL akan menentukan tarikh baharu bagi perlawanan bagi kedua-dua pasukan tersebut.

Terdahulu, perlawanan dimulakan tepat jam 9 malam ketika hujan lebat namun dihentikan tidak sampai empat minit permainan.

Iklan

Pada awalnya perlawanan yang diadakan dalam suasana hujan itu menyaksikan permainan agak perlahan.

Permukaan padang yang dipenuhi air menyebabkan hantaran bola tidak bagi kedua-dua pasukan tidak lancar dan mengganggu rentak perlawanan.

Iklan

Ketika perlawanan memasuki minit ke-3, pengadil, Razlan Joffri Ali menangguhkan perlawanan dan mengarahkan semua pemain meninggalkan padang.

Dalam pada itu, biarpun hujan lebat, penyokong tuan rumah dan pelawat tidak berganjak keluar dari stadium.

Perlawanan yang dinantikan selama 50 minit itu akhirnya ditangguhkan sepenuhnya dan pemakluman mengenainya turut disiarkan menerusi papan informasi stadium.