Kerangka akta kebebasan media
Iklan
APABILA kedudukan Malaysia jatuh dari tangga 73 ke 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 yang diterbitkan Mei lalu oleh organisasi Reporters Without Borders (RWB) yang beribu pejabat di Paris, pelbagai reaksi pro kontra disuarakan oleh pelbagai pihak.
Para aktivis kebebasan media ternyata terkejut dengan kejatuhan penarafan itu. Bagi mereka kalaupun jatuh, tetapi tidaklah sampai sebanyak 34 anak tangga.