Ronaldo tinggalkan padang, enggan ambil pingat

Iklan
Ronaldo meninggalkan padang Stadium Putera Sultan bin Abdul Aziz tanpa mengambil pingat peraknya selepas Al-Nassr tewas 1-4 pada perlawanan akhir Piala Super Saudi pada awal pagi Ahad.

CRISTIANO Ronaldo meninggalkan padang Stadium Putera Sultan bin Abdul Aziz tanpa mengambil pingat peraknya selepas Al-Nassr tewas 1-4 pada perlawanan akhir Piala Super Saudi pada awal pagi Ahad.

Pemain berusia 39 tahun itu berharap untuk memenangi trofi keduanya sejak berpindah ke Arab Saudi pada Januari 2023 selepas kejayaan musim lalu dalam Piala Juara Kelab Arab.

Iklan
Iklan

Ronaldo menjaringkan gol pertamanya musim ini dalam kemenangan separuh akhir Piala Super 2-0 pada Rabu ke atas Al-Taawoun dan mencetak jaringan sekali lagi sebelum separuh masa untuk membawa Al-Nassr ke perlawanan akhir.

Namun, Al-Hilal yang memenangi Liga Pro Saudi musim lalu dengan rekod tanpa kalah meledak empat gol pada separuh masa kedua.

Iklan

Ronaldo yang juga kapten Al Nassr kelihatan kecewa terutama pada gol keempat yang dijaringkan pasukan lawan dan dia berdiri di bulatan tengah, meletakkan tangannya dan memberi isyarat kepada rakan sepasukannya bahawa mereka sedang 'tidur'.

Selepas permainan, pemain Al-Nassr dihadiahkan pingat kerana menduduki tempat kedua dalam kejohanan empat pasukan.

Iklan

Tetapi bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu tidak berminat untuk mengambilnya dan dia keluar dari stadium dengan tangan kosong.