Terpedaya untung tinggi, pekebun rugi lebih RM100,000

Iklan
Gara-gara mahu keuntungan berlipat ganda, seorang pekebun berputih apabila keraguan RM117,289 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud pada Rabu lalu.

KUANTAN - Gara-gara mahu keuntungan berlipat ganda, seorang pekebun berputih apabila keraguan RM117,289 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, wanita berusia 36 tahun dikatakan berminat dengan tawaran pelaburan Cyptocurrency di aplikasi Telegram dan mendaftar dalam sistem yang diberikan suspek.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa memulakan pelaburan sebanyak RM110 dan menerima pulangan sebanyak RM145.

"Percaya dengan keuntungan diperoleh, mangsa meneruskan pelaburan dengan membuat 27 kali transaksi ke 20 akaun yang diberikan oleh suspek.

Iklan

"Dalam tempoh tiga hari daripada tarikh pelaburan, duit simpanan mangsa telah lesap sehingga mengalami kerugian berjumlah RM 117,289," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Iklan

Sehubungan itu, Noor Hisam menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

Katanya, masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.