Indonesia perkenal reka bentuk pasport baharu

Iklan
Indonesia telah memperkenalkan reka bentuk pasport baharu yang menampilkan warna kebangsaan merah dan putih.

JAKARTA - Indonesia telah memperkenalkan reka bentuk pasport baharu yang menampilkan warna kebangsaan merah dan putih, menggantikan warna hijau kebiruan yang digunakan sejak 2014.

Pasport yang dikemas kini itu diperkenalkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-79 pada Sabtu, dengan matlamat untuk meningkatkan ciri keselamatan dan mewakili unsur budaya negara.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Imigresen, Silmy Karim berkata, pasport yang direka bentuk semula itu memenuhi piawaian antarabangsa terkini yang ditetapkan oleh Lampiran 9 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa mengenai kemudahan.

"Piawaian ini memerlukan kemas kini berkala terhadap ciri keselamatan pasport untuk mencegah pemalsuan dan pengubahan data,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Iklan

Reka bentuk baharu itu termasuk ciri keselamatan canggih seperti kulit tahan panas, dan halaman pasport memaparkan corak fabrik tradisional yang menonjolkan elemen budaya wilayah Indonesia.

Sejak diperkenalkan pada 1945, pasport negara itu telah mengalami beberapa perubahan reka bentuk daripada kelabu kepada biru, hijau dan hijau tua. - Bernama

Iklan