Lebih 30 cedera, roda Ferris terbakar di festival muzik Jerman

Iklan
Roda Ferris di Festival Highfield berhampiran bandar Leipzig di timur Jerman terbakar pada Sabtu. Foto Agensi

LEIPZIG - Lebih 30 orang cedera selepas roda Ferris di Festival Highfield berhampiran bandar Leipzig di timur Jerman terbakar pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, semua mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap selepas dua gondola pada roda itu terbakar.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ketua operasi Palang Merah Jerman berkata, dua orang turut cedera parah dalam kejadian itu.

Jurucakap polis itu pada awalnya tidak dapat mengulas mengenai maklumat berkenaan.

Iklan

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa empat pegawai polis adalah antara yang cedera.

Punca kebakaran itu masih tidak dapat dipastikan.

Iklan

Menurut wartawan dpa di lokasi kejadian, dua gondola musnah sepenuhnya dalam kebakaran kira-kira 9 malam itu.

Seorang pengunjung festival dari Cologne berkata roda Ferris itu tiba-tiba berputar dengan laju. Gondola yang terbakar berada di bahagian paling atas roda.

Penyanyi rap Jerman, Ski Aggu sedang membuat persembahan semasa kebakaran itu berlaku.

Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu dpa bahawa keadaan dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas kebakaran bermula. - Bernama-dpa