Kerajaan pertimbang beri elaun latihan, pakaian seragam Kor Sispa

Iklan
Istiadat Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebangsaan kali ke-15 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat pada Ahad.

BATU PAHAT - Kerajaan sedang mempertimbangkan pemberian elaun latihan dan pakaian seragam kepada pelatih Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pengajian Pendidikan Guru (IPG).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Perdana Menteri diminta memperhalusi cadangan tersebut bagi meringankan beban kewangan pelatih Kor Sispa.

Iklan
Iklan

Jelasnya, elaun ini yang akan diberikan sama seperti peruntukan yang diberikan kepada pasukan sukarelawan lain seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis).

"Askar Wataniah dan pasukan sukarelawan lain telah diberikan elaun latihan dan uniform namun untuk Kor Sispa ini tidak ada elaun, elaun bertugas dan uniform.

Iklan

"Ia akan diselaraskan walaupun perkara ini merupakan permintaan yang dibuat begitu lama,” katanya.

Ahmad Zahir ( tiga dari kiri) menyerahkan Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebangsaan kali ke-15 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebangsaan kali ke-15 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini pada Ahad

Iklan

Pada istiadat itu, seramai 769 Pegawai Kadet Sispa daripada Kor Sispa IPT ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam dan 58 kadet IPG ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pelarasan dengan memberi sejumlah peruntukan yang sama dengan pasukan sukarelawan yang ditubuhkan di universiti.